Monday, June 8, 2009

Demi Masa ... 'Wonderpets'


Assalamu'alaikum (^_^)V

Sedapnya, tapi kami punye tidak secantik ini (^_^)

Alhamdulillah,

Semalam selesai juga penjualan kuih kecil-kecilan fasa ke-2 untuk tambah kewangan usrah. Boleh dikatakan, "What a hactic day!"

Fasa ke-2 penjualan kuih sebenarnya berlaku diluar jangkaan. Pada awalnya diingatkan tidak mendapat sambutan tetapi Alhamdulillah berlaku sebaliknya. Barang-barang usrah juga semua selamat dihabiskan dan tiada berlaku pembaziran. Apa orang kata, "ngam-ngam gitu" (^_^) Alhamdulillah...

Kenapa agaknya post kali ini ditulis 'Demi masa , Wonderpets' ?

Haa..sebenarnya ana hendak berkisah kepada antum tentang apa yang berlaku semasa penjualan kuih semalam (^_^)

Hendak dijadikan cerita, semalam kami mula menjalankan operasi membuat kuih selepas zohor. Hari sebelumnya sebelum zohor dan Alhamdulillah sempat siap selepas asar dan penghantaran dapat dilakukan sebelum maghrib. Tetapi semalam proses berjalan dengan agak perlahan ditambah pula dengan kehadiran sahabat-sahabat yang datang ziarah. Semakin lama semakin ramai. Keadaan semalam seperti suasana di kampung pada malam raya! (^_^)V.


Pada awalnya keadaan sememangnya agak sesak ditambah dengan peralatan memasak di sana sini. Sampai asar kuih masih tidak dapat disiapkan. Dari sini bermulalah peranan 'wonderpets' dari sahabat-sahabat ana (^_^) Mereka yang datang ziarah turut turun padang menolong kami yang tadi pada awalnya hanya berdua.


Kemudian, selepas asar baru disedari serunding untuk pulut panggang dan tepung pulut untuk buah Melaka tidak cukup!!! Apa lagi, kelam kabut kami jadinya. Masing-masing mula menekan-nekan handphone. Mencari-cari serunding dan tepung pulut (^_^). Alhamdulillah akhirnya jumpa...


Sebelum maghrib semua kuih telah siap dibungkus dan sebelum isya' semua kuih telah selamat dihantar. Alhamdulillah. Terduduk ana kepenatan sambil tidak henti melafazkan syukur kerana segala kepenatan untuk 2 hari ini telah berakhir dan segalanya berjalan dengan lancar. Betapa hari ini banyak memuhasabah diri terutamanya dari segi masa dan kerjasama.


Disebabkan lewat dan berlengah-lengah memulakan penyediaan kuih semua penghantaran terpaksa ditangguhkan selepas maghrib. Betapa diri selalu juga diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara,

SIHAT sebelum SAKIT,
MUDA sebelum TUA,
KAYA sebelum MISKIN,
LAPANG sebelum SEMPIT,
HIDUP sebelum MATI

Terasa sangat terkejar-kejarnya masa waktu petang tadi. Itu baru ditarik nikmat LAPANG. Belum lagi ditarik nikmat paling besar, nikmat HIDUP. Pabila sampainya masa HIDUP diambil hendak menyesal untuk pulang kembali tiada gunanya. Sekarang masih diberi peluang untuk menyesali dan memuhasabah diri. Ya Allah bersyukur hamba untuk pengajaran hari ini.

Alhamdulillah selesai sudah celoteh ana buat hari ini (^_^) Minta maaf andai tiada pengisian dan pengajaran yang dapat diambil.

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya (kiriman daripada sahabat),


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.


Salam mujahadah buat semua. (^_^)

Friday, June 5, 2009

Ummi wa Abi, Mak & Abah, Haha to Cici, Materi i Otets

Assalamu'alaikum! (^_^)V

Alhamdulillah hari ni selesai sudah penjualan kuih fasa pertama (^_^)V InsyaAllah esok pula sambung fasa ke-2. Pulut panggang dan kuih buah melaka. Memandangkan barang usrah banyak berbaki, jualan kecil-kecilan ni dapat juga tambah sikit 'income' untuk tabung usrah. Minta maaf ye sahabat-sahabat yang membeli andai banyak yang terkurang.

Emm..sambil menulis post kali ni, mata seperti mengantuk sudah walaupun malam sebelumnya tidur dengan jayanya (^_^) hehe..

Ana minta maaf kerana lewat sambung post tentang siapakah 'ummi'. Hehe..mesti antum tertanya-tanya siapakah gerangannya. Haa..tunggu sehingga ayat terakhir post hari ini...adakah antum dapat meneka siapakah orangnya??


Ummi , Mak , Haha , Materi

Hari ni ana hendak berkisah tentang ummi yang paling ana sayangi dan sentiasa rindui. Ana memanggil ummi dengan panggilan mak dan sekali-sekala jika hendak bermanja tu dengan panggilan 'meme' (^_^) (gelaran ni hanya untuk ana sahaja ye! Hehe..). Alhamdulillah sebagai anak sulung yang telah 24 tahun dibesarkan oleh mak, dari jatuh dan bangun, sihat dan sakit, suka dan duka semuanya dihibur dan dirawat oleh mak (^_^).

Kelembutan, kesabaran dan kasih sayang mak sentiasa membuatkan ana berasa kagum. Terutamanya dalam melayan karenah kami adik beradik. Emak pun rajin memujuk. Kadang-kadang tu dalam sehari 2, 3 orang merajuk. Sabarnya mak ni...

Semasa kecil sememangnya kami adik beradik selalu sakat-menyakat dan keadaan rumah tidak henti dengan usikan-usikan nakal antara kami. Pening kepala mak dibuatnya!

Pernah satu hari, hehe..hendak dijadikan cerita, semasa kami kecil mak berpura-pura pengsan dihadapan kami. Kami adik-beradik apa lagi! Si adik kecil yang masih ber'pampers' lari terkedek-kedek meninggalkan tempat kejadian. Hehe..(tergelak ana teringatkannya, comelnya keadaan waktu itu)..ada yang menggerak-gerakkan mak, ada yang memanggil-manggil, "Mak! Mak!".

Tiba-tiba mak tersenyum, rupa-rupanya mak hendak menghentikan usikan-usikan antara kami adik-beradik. Mana tidaknya riuh rendah rumah dibuatnya. Emak pun tidak menang tangan melayan kami. Minta maaf mak!

Mak juga seorang yang romantik dan kelakar. Kadang-kadang perkara yang tidak lawak pun boleh membuatkan kami ketawa dengan tawa mak (^_^). Muhammad, adik bongsu ana sahaja yang mempunyai tawa sebegitu. Waktu petang, mak telah setia menunggu abah pulang. "Mak tengah tunggu 'darling' mak balik (^_^)," kata mak, jika ana menelefon di waktu petang.

Terima kasih mak! Akak selalu sayang dan rindukan mak! (^_^). I'm speechless! Mom, your kindness, patient and sacrifices are too beautiful to be put in words. Love you (^_^)!!

Abi , Abah , Cici , Otets

Haa.. sekarang tiba giliran abi pula (^_^). Anak-anak memanggil abah. Jika ada adam tidak lengkap jika tiada hawa. Jadinya sikap mak dan abah sememangnya saling melengkapi (^_^). Jika kualiti diri ini dilihat dalam sikap mak, kualiti diri yang lain pula dilihat dalam sikap abah (^_^)

Abah, walaupun nampak luarannya tegas tapi sangat cool di dalam (^_^) Walaupun romantiknya sukar dipamirkan di hadapan anak-anak tapi melayan emak bagaikan permaisuri bila keluar berdua (^_^)

Apabila anak-anak ada sesuatu yang mereka ingini, kami akan 'approach' abah semasa abah tengah baca surat khabar. Hehe..sebabnya pada waktu itu abah akan sentiasa kata,"Ok" untuk setiap permintaan. Jika abah lupa untuk tunaikan, kami akan ingatkan abah yang abah dah bersetuju tadi. hehe..tapi abah sentiasa alert dan abah memang tidak mungkir janji dengan apa yang telah abah janjikan (^_^)

Abah, sangat rajin bawa anak-anak keluar berjalan. Cuti sekolah, weekend 'even' sekarang apabila anak-anak pulang bercuti ada sahaja aktivitinya. Semasa kami kecil, setiap weekend selalu juga kami keluar riadah bersama. Tempat yang abah paling suka bawa adalah 'Lake Garden' (berdekatan dengan parlimen). Jika tidak ke sana, kami diajar bermain tennis dan yang paling ana suka berbasikal di kawasan rumah (^_^).

Abah sememangnya sangat tegas jika anak-anaknya melewatkan solat. Dengar sahaja tapak kaki abah naik tangga ataupun dengar sahaja abah panggil nama, mula lintang-pukang anak-anak jadinya (^_^). Setiap hari sambil menunggu waktu isya' abah akan amalkan Surah Yaasin. Dengar sahaja abah baca "..kun fayakun" mulalah kami lari berlumba-lumba mendapatkan abah. Kami salam dan cium abah. Abah akan tiup ke muka kami sambil berdoa,"Cerdik anak abah .. (sambil disebut nama)". Sekarang persaingan semakin kurang sebab anak-anak mula melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza. Jika dulu abah 'outstation' anak-anak selalu rindu bacaan surah Yaasin daripada abah sekarang pun apabila study di luar negara akak selalu rindu nak dengar suara abah (^_^) Sayang abah! (^_^)

Mak & Abah

Tidak sabar ana nak pulang bercuti dan berjumpa mak abah (^_^) 'Parents' yang paling 'supporting' yang pernah ana kenali. Terima kasih mak & abah untuk segalanya (^_^) Terima kasih untuk doa kalian juga (^_^)V

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia
dan hendaklah bebuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya
perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya,
dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik"

Surah Al-Isra' : Ayat 23



p/s Dapatkah antum meneka siapa 'ummi'? Post ini belum ada jawapannya (^_^) Tunggu~

Wednesday, June 3, 2009

Ahlan Wasahlan

'Ummi'

Ahlan wasahlan 'ummi'!! Selamat datang ke alam bloggers..hehe..

Haa..sahabat sahabiah sekalian ingin tahu siapa 'ummi' yang ana maksudkan??

Tunggu~ untuk post seterusnya~

Ana hendak 'dating' sat, jumpe lagi ye~ InsyaAllah (^_^)

"Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah,
Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah,
Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa,
Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
Pergilah duka, Hapuslah kecewa..
Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba,
Di dunia ini dan di akhirat sana,
Dengan syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh disemai dan tersemat di jiwa,
Amal soleh bukti setia,
Seorang hamba kepada Rabbnya.."

Salam Imtihan


Moga Najah Selalu

Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat tersayang,

'All the best!!' untuk peperiksaan yang bakal tiba (^_^).

Ingin berkongsi doa yang dimesejkan daripada seorang sahabiah dari Jordan.

"Ya Allah,..Aku ingin berjaya bukan kerana aku ingin takabbur pada Mu..tetapi aku ingin membuktikan kebesaranMu bahawa Kau selalu bersama orang yang berusaha..,bersabar dan betawakal.."

"Ya Allah jika bukan Kau yang memberikan ketabahn pada keluargaku selama ini,kami akan jauh dariMu.Dalam kemiskinan duniawi Kau telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang,ketenangan dan keharmonian.Tamaknya aku Ya Allah kerana terus bermohon padaMu supaya Kau kekal memberikan kami nikmat.Aku ingin membahagiakan ibu bapa, guru2, teman2 dan Umat Islam atas kejayaanku..."

"Ya Allah Ya Tuhanku..perkenankanlah doakau.."

cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

Masuk ke bilik peperiksaan nanti banyakkan selawat dan baca doa ye! Agar dilembutkan hati pemeriksa tu. Lagi mujarab kalau dapat sembur ke muka pemeriksa tapi jangan pula berlebih-lebih. Terkejut pemeriksa nanti! (^_~)

Award!
Syukran Ukhti Balqis & Ukhti Damai untuk award yang diberikan. Pertama kali dapat ni! Ana terasa seperti 'excited' tiba-tiba (^_^). Ameen..semoga bertuah seperti apa yang ditulis.
Ana juga hendak berkongsi award ni dengan kakak dan adik-adik yang lain juga la, terima yea~

Kak Solhaa
'Ummi' Afira
Adik Najibah
Adik Nabil
Adik Atikah

Alhamdulillah hari ni selesai imtihan 'Social Medicine'. Tinggal 2 cycle lagi sebelum pulang ke Malaysia. doakan kejayaan kami ye (^_^)


Monday, June 1, 2009

Nak Balikk!! (^_^)


Countdown

Sekadar gambar hiasan

Pertama-tamanya ana ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sahabat sahabiah sekalian...ana nak buat COUNTDOWN BALIK Malaysia ni..hehe


Kepada senior-senior yang bakal menduduki peperiksaan semoga najah selalu!! Selamat bermujahadah!!..Hadapi imtihan dahulu lepas tu boleh 'join' ana countdown ni ye (^_^)


Sebenarnye ana pun belum habis 3 cycle lg..Semoga dipermudahkan..Sama-sama kita berdoa ye (^_^)


Lagi dekat tarikh balik, lagi tidak sabar rasanya..hehe..Tidak sabar nak jumpe si jantung hati bonda dan ayahanda tersayang~ (^_^)


Tinggal lagi 23 hari~ InsyaAllah kt dipertemukan..tunggu akak di KLIA ye semua ~ (^_^)

Friday, May 29, 2009

Events of the week

Kurang

Lama juga ruangan "Events of the week" tidak diisi. Pengurangannya juga ada. Menjelang berakhirnya semester semakin banyak aktiviti mingguan yang dikurangkan. Memberi laluan kepada peperiksaan.

Hari ini juga berakhirnya kelas hafazan & tajwid untuk semester ini. Semakin kurang lagi kesibukan nampaknya. Kurangnya kesibukan dan tanggungjawab, semakin perlahan dan malaskah kita?

Mengaji

Pagi Sabtu, tepat jam 8 kelihatan 4-5 orang sedang setia menunggu di sofa empuk. Pabila bilangan mencukupi, masing-masing memulakan langkah menuju ke stesen kereta api.

"Cepat-cepat. Tren nak gerak dah ni!," seseorang memanggil.

"Lari dulu, nanti kita kejar!," seseorang menyahut.

Rutin yang sentiasa kelihatan tatkala terlajak masa. Tatkala melabuhkan punggung, masing-masing menghela nafas lega. Bersyukur. "Sempat juga kejar tren ni"

Sepanjang perjalanan selama satu jam setengah, kadang kala ditemani dengan nyanyian pemuzik jalanan di selang seli dengan kenyaringan suara penjual. Kami yang berempat berlima tadi mula berpisah meninggalkan hanya kami berdua. Nampaknya destinasi yang kami tujui selang 3 stesen berikutnya dari mereka.

Dari kejauhan, kelihatan kawasan perumahan di Halmovka. Berkenderaankan bas pengangkutan kami tiba ke destinasi. Berhenti betul-betul dihadapan masjid yang sepi.


Gelagat si cilik tak menang tangan dibuatnya (^_^)


Berjalan kaki menuju ke rumah pangsa 5 tingkat, di aras 1 kami tiba di rumah Anife. Kehadiran kami disambut Linara dan Meriem. Kanak-kanak berusia masing-masing 5 dan 2 tahun. Meriam yang mempunyai nama gelaran 'meme' (sama seperti ana) membuatkan ana lebih teruja untuk memanggilnya (^_^)

Post kali ni ana tulis kerana perasaan rindu melihat telatah mereka. Meriam yang hanya tahu menyebut satu dua perkataan agak lincah berbanding kakaknya. Berlari ke sana, ke sini.

Tatkala ibu mereka memulakan pembelajaran Al-Quran, Linara akan turut diajar mengaji. Peringkat umur yang masih muda menyebabkan konsentrasi si kecil cepat terganggu apatah lagi apabila ibu mereka menghidangkan juadah untuk kami (^_^) Matanya akan terus bertumpu ke juadah yang dihidangkan (^_^).

Meriam yang masih lagi tidak mengenal huruf turut ingin berada semeja dengan ibu dan kakaknya. "Nak belajar juga la katakan (^_^)" tapi amat memberangsangkan apabila meriam boleh menyebut 1-2 huruf (^_^)

Penat

Hendak dikira penat, hakikatnya sememangnya memenatkan. Cuti hujung minggu dikorbankan dengan bangun awal dan perjalanan yang mengambil masa untuk pergi dan balik amat memerlukan kesungguhan dan kekuatan. Tidak dikira jika mendapat giliran mengajar di Turganievka. Jika musim sejuk, tatkala sang mentari masih segan-segan untuk keluar mereka yang diberi amanah telah setia menunggu di perhentian bas.

Namun, kepayahan ini kami kongsi bersama sahabat-sahabat usrah. Sama-sama mengambil giliran, sama-sama merasai kepayahan. Bagaikan tidak terasa kepenatan. Bak kata Wonderpets, "Apa yang penting?!" , "Kerjasama!!"

Tahniah ana ucapkan kepada mereka yang mengambil langkah untuk mengajar Al-Quran kepada penduduk di sini. Jika pada awalnya hanya 1-2 orang. Alhamdulillah semakin ramai yang mula mengikuti.

Jika pada tahun pertama dilihat tiada apa yang istimewanya pada bumi Ukraine ini. Negara yang agak perlahan pembangunannya, dengan sikap penduduk yang kasar, ikut sesuka hati. Nama negara yang tidak dikenali. Bila ditanya,"Belajar mana?", "Ukraine makcik" , "Mana? UK?" (Dalam hati, "Alhamdulillah~ UK" ..hehe)

Berbekalkan 'mind-setting', "datang sini hanya untuk belajar , cuti 'summer' nanti balik Malaysia!". Akhirnya ana menjumpai satu mutiara yang amat berharga yang mungkin ana tidak jumpai jika berpeluang menuntut di negara lain.

Tarbiyah utama buat diri adalah apabila melihatkan kesungguhan mereka untuk mula bangkit membangunkan Islam yang sekian lama terkubur dan sepi di bumi Ukraine. Mereka ingin kembali bangkit dan memegang syariat Islam sepenuhnya, kuat-kuat, tidak ingin melepaskannya buat kali yang kedua. Mengajak mereka yang samar-samar untuk kembali menghargai dan menghayati keindahan Islam. Indahnya perbualan bersama mereka. Perbualan yang tidak lekang memuji kebesaran Allah.

Akhirnya, walau di mana jua kita ditempatkan. Di corok mana pun kita diletakkan yang penting kita mencari hikmah untuk setiap ketetapan. Seperti dari kitab La Tahzan, "Kerana belum tahu hikmah, maka kamu lemah". Maka carilah hikmah. Bumi Allah maha luas. Berjalanlah, melihat dan mentafsir.

Monday, May 11, 2009

Congrats!!




Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi & bercuti, akhirnya jari-jemari mula menari-nari. Kekeringan & beku juga otak setelah lama tidak dijana. Naik syok juge cuti lame2 ni...hehe

Cuti lame bukan bermakna cuti semesta telah bermula, tp cuti lama kerana 'teman setia' banyak ragamnya..hampir sebulan berpuasa dari bertegur sapa & bersosial di alam maya. Mula-mula agak menderita..lama-lama bak kata pepatah kita "Alah bisa tegal biasa". Tidak biasa pun kena buat ala-ala biasa juga (^_^)..

Menunggu untuk mencari ilham untuk coretan kali ni akhirnya muncul juga apa yang ditunggu..sekadar coretan memori buat 'kakak2' senior yang bakal 'grad' 26/6 nanti, InsyaAllah..



Hari ni berakhirlah usrah untuk semester ini sebelum masing-masing berjuang menghadapi peperiksaan. Buat ahli usrah yang masih tinggal InsyaAllah berjumpa kita di semester depan sepi tanpa kehadiran 3 orang kakak-kakak tersayang.

"Alaaa..lepas ni mesti tak semeriah dulu", keluh Balqis.

"Tak de sape lagi nak jawab kalau Nabihah soal nanti", bimbang Shib.

Hadiah sejambak bunga lily putih menambah kesyahduan..tetapi masing-masing nampak tabah..

"Ini bukan akhirnya!!", fikir masing-masing agaknya...

Usrah akhir tidaklah ditangisi malah disyukuri dengan harapan semoga graduan kali ini bisa melahirkan lebih ramai dokturah muslimah untuk kepentingan dan kemaslahatan ummah.

Sahabat,

Tatkala kalian merangkul ijazah, melangkah melepasi pintu pagar jameah (universiti) buat kali terakhir semailah azam agar cabaran alam pekerjaan nanti tidak mengubah semangat dan iltizam kalian untuk terus memainkan peranan sebagai seorang dokturah & da'e.

Peliharalah diri kalian agar terus tabah menghadapi tekanan & kekangan masa yang menjadi punca utama kita lupa tugas utama sebagai hambaNya. Jadilah insan yang sentiasa berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikan. Jika dulu kita sentiasa diingatkan, sekarang kita keseorangan. Andai kita tiada teman sebegitu, kita berusaha untuk ke arah itu. Kita yang menjadi perintis agar rakan kita turut merasai kebaikan & nikmat yang ingin kita semai...

Ingatlah sahabat,

Jika kita sedih & letih, La Tahzan ada penawarnya. Jika kita marah & kecewa, husnul-zhan pemadamnya. Jika kita keseorangan & inginkan kekuatan, kisah ashabul ukhdud pilihannya.
Penenang jiwa sepanjang zaman, Al-quran pilihan utama.

Buat Kak Yanti si teman setia,
Buat Kak Sol si pembuat tawa,
Buat Nurul si penghibur jiwa,

Ukhwah yang berkekalan..ukhuwah yang terbina bertemu & berpisah hanya keranaNya. Andai tidak bersua muka, andai kehilangan khabar berita, andai terpisah antara benua..semoga kita dipertemukan dijannahNya...Ameen..
Sayang semua ~ (^_^)


Ikhlas dari,
bintu Ali


Tag buat,
Kak Yanti
Kak Sol
Nurul
Shib
Balqis
Daisypath Wedding Ticker