Monday, March 23, 2009

Allah Hendak Uji Sekejap Je


Kepada semua sahabat sahabiah, ana ucapkan syafakumullah. Semoga kalian cepat sembuh dan diberi nikmat kesihatan. Kepada mereka yang berada jauh dimata, kalian tetap berada dekat dihati (^_^) Hendaknya persahabatan kita bukan sahaja dikala senang dan sihat tapi ditambah nikmat rasa didampingi di waktu susah dan sakit. Jika tidak diluahkan dengan kata-kata dan perbuatan diiringi kalian dengan doa..InsyaAllah...

Khas buat sahabat-sahabat ana yang sakit, ana ingin berkongsi himpunan ayat-ayat syifa' yang ana ambil dari buku "Hajat untuk Rawatan, Pelindung & Doa" terbitan Darul Nu'man. Ana harap dapat sama-sama kita amalkannya. Semoga dengan izinNya jua dapat kembali kita merasai kesihatan..InsyaAllah..

Berikut adalah ayat-ayat syifa':

Sila klik pada gambar untuk 'view' yang lebih jelas.

Ayat-ayat ini boleh dibaca sebelum makan ubat / minum air dengan keyakinan sepenuhnya bahawa Allah yang memberi kesakitan dan Allah jua penyembuhnya. Jika sahabat-sahabat merasakan agak sukar untuk membacanya, memadailah dengan membacakan basmalah dan berselawat ke atas junjungan Muhammad SAW dan keyakinan kepada Allah. InsyaAllah akan reda kesakitan sahabat-sahabat.

SubhanAllah, betapa hebatnya mukjizat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang di dalamnya terkandung 1001 penawar kepada kita. Semuanya bergantung kepada kita untuk mencari dan mengamalkannya.

Sunday, March 22, 2009

Am I going to give up ?

video

SubhanAllah, kecekalan seorang insan yang tidak diberi nikmat sepasang tangan untuk menulis dan memegang dan sepasang kaki untuk berjalan dan berlari. Namun, diberi kecekalan dan kekuatan untuk berdiri di hadapan khalayak ramai dan memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada insan yang lebih sempurna dari dirinya.

"It matters how are you going to FINISH. Are you going to finish STRONG?"
Nick Vujicic - Motivator

Allah Knows

Alhamdulillah kita dilahirkan sebagai insan yang sempurna ditambah pula dengan nikmat Iman dan Islam. Tidak semua orang diberikan nikmat seperti kita yang sedia lahir telah memiliki nikmat tersebut. Hakikatnya adakah kita sentiasa menghargai dan bersyukur dengannya?

'Poem' yang dibacakan ketika kuliah subuh pagi ini betul-betul membawa ana untuk berfikir, bersyukur dan mengakui betapa habatnya rancangan yang Allah telah tetapkan.

I asked for Strength.........And Allah gave me Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom.........And Allah gave me Problems to solve.
I asked for Prosperity.........And Allah gave me Brain and Brawn to work.
I asked for Courage.........And Allah gave me Danger to overcome.
I asked for Love..........And Allah gave me Troubled people to help.
I asked for Favors.........And Allah gave me Opportunities.
I received nothing I wanted ........I received everything I needed!

Tentu sekali kita pernah diuji sedemikian rupa. Bunga dan rama-rama yang kita harapkan tapi Allah memberi kita kaktus yang berduri dan ulat beluncas sebagai balasan. Alhamdulillah jika kita menerimanya dengan sabar dan syukur kepadaNya tetapi bagaimana pula jika kita mula kufur dan berputus asa dengan nikmatNya?? Nauzubillah.

Namun, apabila tiba masanya kaktus yang berduri mula mengeluarkan bunga yang harum dan ulat beluncas bertukar menjadi rama-rama yang cantik. Itulah saatnya apabila kita betul-betul memerlukannya. Begitulah juga dalam kehidupan kita. Kita merasakan inilah waktu yang terbaik untuk kita memilikinya tetapi Allah lebih mengetahui apa yang lebih kita perlukan. Seperti dalam Firman Allah :

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

'Poem' diatas juga mengajar kita betapa Allah melatih kita seperti apa yang telah kita doakan. Andai kita mengharapkan kesabaran, Allah akan menguji kita dengan sifat amarah. Kadang-kadang kita tertanya-tanya, "Mengapa doaku tidak dimakbulkan?" , "Mengapa lain yang diminta, lain yang diberi?", "Kenapa asyik marah je ni?", "Mane sabar?", "Aah! Dah bosan!". Pada waktu itu adakah kita akan rasa putus asa untuk terus berdoa kepadaNya??

Jika kita diuji sedemikian rupa, janganlah cepat melatah kerana sesungguhnya Allah memberi seperti apa yang telah kita hajatkan. Jika kita tidak diuji dengan orang yang sentiasa memerlukan pertolongan kita, bagaimana untuk kita hendak dikasihi orang lain?Jika kita tidak diuji dengan kemarahan, bagaimana kita hendak mengetahui kita telah memiliki sifat sabar? Jika kita tidak ditimbuni dengan masalah, bagaimana kita hendak dikatakan bijak? Jika kita tidak ditimpa dengan kesusahan, bagaimana untuk kita memiliki kekuatan? Are you going to finish strong without any difficulties? Lets think about it!

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,
"kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta".
( Surah Al-Ankabut : Ayat 2-3 )

Sahabat, peringatan untuk diri ana terutamanya agar kita senantiasalah bersangka baik kepada Allah kerana sesungguhnya ia tidak mengecewakan. Sama-samalah kita meraih kemanisan Iman. InsyaAllah

Wallahua'lam.

p/s Jazakallah kepada mereka yang telah berkongsi video di atas di FB (^_^)

Friday, March 20, 2009

Rindunyee

Aliff..Baa..Thaa

video

Alhamdulillah agak lame juga ana mencari nasyid ni. Nasyid yang selalu ana & adik-adik pasang bila masuk kereta mase kecik-kecik dulu. Tidak jemu kami mendengarnya, emm..boleh dikatakan lebih 100 kali lah kami mendengarnya..hehe

Akak nak tag adik-adik akak :
Abin
Ebah
Yah
Muhammad

Kelas Bahasa Arab

Syukran kepada ukhti yang mencadangkan agar diadakan kelas bahasa arab. Terisi lagi masa-masa kami di sini selain sibuk menelaah pelajaran. Sambutan kelas yang diadakan seminggu sekali setiap malam selasa amat menggalakkan. Jika pada awalnya hanya satu kelas sahaja dibuka, sekarang telah diadakan dua kelas!! Alhamdulillah.

Tenaga pengajarnya terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia sendiri. Atas dasar kasih & sayang, ukhti-ukhti yang mengajar tidak mengenakan sebarang bayaran, walaupun masa 'study' mereka dicuri. Hanya Allah sajalah yang mampu membalas jasa baik kalian.

Pening...pening...

Semakin bercelaru otak ana setelah mula belajar 'nahu' (tatabahasa) ni. Dari tahu 'fe'el' (kata kerja) mana yang sesuai untuk dipakai terus kadang-kadang tidak keluar langsung perkataannya sebab 'confused'..hehe..Disebabkan ana kenal 'ustazah' yang mengajar, agak kerap jugalah ana kena 'fire' dengannya..hehe

Nasib baik ana tidak hangus terkena 'fire'nya..hehe..sebab awal-awal ana telah sediakan 'fire extinguisher'nya (^_^) hehe..Ustazah bukannya 'fire' apapun cuma dia tanya soalan lebih sikit kepada ana ni. Sayangkan ana la katakan..hehe (^_^) Mujurlah ana 'revise' apa yang ustazah ajarkan..walaupun tergagap-gagap sedikit. Syukran ustazah, sayangkan ustazah juga (^_^)

Kerja rumah ana minggu ini adalah peribahasa arab, selain perlu menambah dan menghafal perbendaharaan kata. Emm..memang betullah belajar bahasa perlu banyak menghafal.

Orang Arab Kecek Kelate


video

Kagum ana dengan ustaz Muhammad dari mesir ini. Sangat fasih kecek Kelate. Kecek Kelate sokmo (^_^) Ana warganegara Malaysia pun tidak sefasih ustaz ni. Bak kata ustaz Muhammad, "saya suke make budu". Nampaknye lepas ni banyak budu yang ana kena make sebab ana juge nak fasih kecek Kelate (^_^)

Kadang-kadang ana cuba juga untuk bercakap tapi bercampur aduk bunyinya. Almaklumlah ana warganegara Malaysia semua loghat ana masukkan..Hehe..Pernah sekali dengan konfiden dan 'innocence'nya ana kata, "Make konyang-konyang deh". dah bunyinya ala-ala nogori (Negeri Sembilan) gitu. Emm tidak ke konfius orang yang mendengarnya??..hehe..Rupa-rupanya yang sebetulnya,"Make kenye-kenye deh" (^_^)

Memang betul apa yang Ustaz Muhammad katakan, selain kena rajin menghafal, kita kena juga masuk dan bergaul dengan orang-orang yang berkenaan. Jika kita hendak belajar bahasa Jepun, banyakkan bergaul dengan orang Jepun. Kalau kita hendak belajar kecek Kelate, kita berkawe denge ore Kelate pulok. (Harap-harap tidak salah perkataan yang ana gunakan ini..hehe)

Ana ambil contoh paling dekat adik ana sendiri. Memang drastik perubahan pada percakapannya. Selain pandai cakap loghat Terengganu (sebab sekarang adik belajar di Terengganu), pandai juga Nabilah kecek Kelate. Dominannya kecek kelate kerana teman sebilik dan sekelas kebanyakkannya orang Kelantan.

Ana yang mendengarnya kadang-kadang tercengang juga. Alhamdulillah memang belajar kecek kelate ana dengannya. Bila cakap dengan Nabilah sahaja kecek Kelate. Emak ana pun kagum juga (^_^)

Maaf kepada pembaca-pembaca yang menziarahi blog ana. Kenapa agaknya tiba-tiba ana bercakap pasal kecek Kelate? Tidak berhasrat ke ana untuk belajar longhat lain? Ana minat belajar semua loghat tapi disebabkan ana terjumpa video ni di You Tube terus terpanggil untuk ana tuliskan 'post' tentang kecek Kelate ni (^_^) Minta maaf banyak-banyak ye semua (^_^)

Monday, March 9, 2009

Jazakumullahu Khoiran Katheera Ya Ukhti (^_^)



Diri Ini Semakin Tua

Terima kasih semua untuk ucapan dan doa kalian. Betapa diri ini diingatkan bukan sebagai insan yang baru dilahirkan tetapi sebagai hamba yang telah dua dekad lebih diberi amanah sebagai khalifahNya di muka bumi.

Apakah yang telah ana dan antum semua isi dengan umur yang telah dianugerahkan? Kegembiraan? Keseronokan? Atau dengan amal soleh sebagai bekalan? Astaghfirullah..Peringatan kepada ana yang banyak berkata-kata..

Di waktu umur ini, sahabat ana dijemput Ilahi. Adakah ana juga telah bersedia untuk itu? Kematian datang bila-bila dan di mana sahaja. Tepuklah dada, tanyalah iman.

Syukran kepada keluarga dan ukhti yang sentiasa mengingatkan diri ini. Ana masih memerlukan peringatan dan doa kalian. Doakan kejayaan ana dunia dan akhirat ye.

Ukhuwah Fillah Abadan Abada..Andai kita dipisahkan, moga kita dipertemukan di jannahNya..Ameen

Dugaan

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu ana menyepi tanpa 'post' baru akhirnya bergerak juga jari-jemari ini untuk mencoretkan beberapa perkara untuk bacaan antum semua (^_^) Ana minta maaf kerana agak sibuk kebelakangan ini tambahan dengan 'cycle' yang agak berat dan tempoh 'cycle' yang pendek.

Inspection


25.02.2009

Pagi ni ana & kawan-kawan tiba awal kerana hari sebelumnya kami dimaklumkan hari ini akan diadakan penilaian untuk pemeriksaan pesakit (inspection). Hari ini kami akan dinilai oleh Head of Department Therapy (HOD), Prof Belaglazov.

Agak berdebar juga pagi tersebut..hehe..almaklumlah akan dinilai oleh HOD. Sesampai kami di Department of Endocrinology, pensyarah kami memaklumkan penilaian untuk kelas kami akan diadakan esok. Alhamdulillah lega~

Walaupun malam sebelumnya telah 'prepare' bersungguh-sungguh untuk peperiksaan hari ni, ana bersyukur kerana ada juga desakan untuk ana ulangkaji langkah-langkah pemeriksaan pesakit. Jika hendak diulangkaji bersama soalan-soalan 'oral' agak banyak juga. Hehe..

Ana dan seorang kawan ana memerhati pelajar-pelajar yang dinilai. Alhamdulillah pensyarah kami agak 'sporting'. Beliau yang menyuruh kami untuk berada di situ. Kami memberikan sepenuh perhatian...

Seorang pesakit diberi dua orang pelajar. Pelajar-pelajar akan diberi masa 20 minit untuk menemu bual pesakit dan memberi 'initial diagnosis'. Setelah tamat 20 minit, prof akan menilai dan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pesakit. Pelajar-pelajar juga dikehendaki 'palpate', 'percuss', 'auscultate' dan mengambil bacaan tekanan darah pesakit. Alhamdulillah, lega kami melihat pelajar-pelajar yang telah dinilai (^_^)

Tegur ke marah?

Setelah tamat semua pelajar-pelajar dinilai untuk hari tersebut, kelas ana berkumpul untuk meneruskan kelas seperti biasa. Pada hari itu, sememangnya diakui ana & rakan sekelas yang lain kurang bersedia untuk kelas pada hari tersebut. Masing-masing sibuk mengulang kaji untuk penilaian pada hari ini tetapi 'last minute' diberitahu penilaian kami terpaksa ditangguhkan...agak kecewa kami pada awalnya.

Dengan keadaan yang kurang bersedia kami meneruskan pembelajaran. Telah ditetapan untuk ana dimarahi pada hari tesebut (^_^) walaupun yang lain juga sama keadaannya seperti ana...kurang bersedia. Ana orang pertama yang ditanya, kerana jawapan yang kurang memuaskan. Pensyarah kami hilang kesabarannya. Ana dimarahi dan pada masa yang sama sebenarnya adalah teguran dan peringatan kepada rakan sekelas ana yang lain. Tapi disebabkan pada waktu itu giliran ana yang menjawab ana yang lebih terasa pedasnya (^_^)

Ya Allah, hendak kecil hati, itulah ilmu dan pendidik kita dan sememangnya salah ana sebenarnya kerana kurang bersedia..huhu..Alhamdulillah kurang sikit kecil hati ana pada pensyarah ini disebabkan sikapnya ana anggap seperti kakak yang sedang menegur adik-adiknya. (Pensyarah yang ana maksudkan bukan pensyarah dalam post-post sebelumnya)

Waktu rehat, ana ambil keputusan untuk tidak turun ke kafe. Kata-kata pensyarah tadi memang terkesan dihati...

Tatkala rakan sekelas berada di kafe, ana tinggal keseorangan di koridor hospital (klas kami di koridor). Kerusi-kerusi yang digunakan ditinggalkan kerana selepas rehat kami akan menggunakannya semula. Tiba-tiba datang seorang 'misi' datang memberi 'lecture' kepada ana kerana keadaan kerusi yang tidak tersusun..huhu..Ana diamkan saja dan menyusun kerusi-kerusi tersebut.

Rasulullah bersabda,

"Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Normal untuk seorang manusia yang lemah seperti ana untuk rasa tidak berpuas hati tetapi ana bersyukur kerana mendiamkan perkara tersebut.

Kasut hilang!!

Ya Allah sebelum balik hari ini, sekali lagi ana diuji. Kasut ana hilang!!! "Ana tertinggal ke kasut tadi?", "Ana tidak simpan dalam kelas ke tadi?" kata ana dalam hati. Hehe..hampir-hampir juga ana menangis tapi bila fikirkan balik ana tidak henti-henti tersenyum..hehe

Selepas ana tidak menjumpai kasut, terus ana bertanyakan pensyarah yang berada di tempat berkenaan. Lain yang ana tanya, lain pula pertanyan beliau untuk ana..hehe..Ana bertanya kalau-kalau pensyarah tersebut ternampak kasut ana. Beliau bertanya siapa pensyarah ana dan adakah ana pelajar tahun 4. Ana terus menjawab ya. Rupa-rupanya pensyarah tersebut ingin meminta bantuan ana untuk maklumkan kepada semua pelajar tahun 4 berkenaan petandingan terapi yang akan diadakan esok..Ya Allah..dugaan..dugaan..

Kemudian, ana meneruskan penjelajahan mencari kasut yang hilang. Kali ini kawan ana menyuruh ana membuka bilik yang kadang-kadang akan disimpan barang-barang 'lost & found'.

Bilik tersebut kunci!! Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, datang seorang pelajar Rusia yang memegang kunci bilik tersebut. Ana meminta kebenaran untuk masuk dan mencari kasut ana tetapi tiba-tiba datang pensyarah pelajar berkenaan mengatakan tiada barang orang lain melainkan barang pelajar-pelajarnya sahaja. Pensyarah tersebut terus menghalang ana dari masuk bilik tersebut. Ana menerangkan tujuan ana tetapi pensyarah itu bertanya siapa pensyarah ana. Ana menyebut namanya. Terus pensyarah berkenaan berkata kepada ana, "You should ask your lecturer when is your exam".

????Berdiri ana disana dengan seribu tanda tanya. Ya Allah dia salah faham rupanya. Bila agaknya ana tanya tentang exam. Hehe..Ya Allah sungguh menguji kesabaran hamba pada hari ini (^_^)

Akhirnya ana pulang dengan bas dengan memakai bakhili (selipar yang digunakan dalam hospital) meredah salji yang baru turun semalam.

Pulang ana dengan senyuman dan menahan kesejukan..hehe (^_^)


Bakhili (putih) yang digunakan untuk meredah snow..hehe


Syukur

Ya Allah, bersyukur hamba kepadaMu. Mungkin ada silap ana di mana-mana. Teguran dan ujian yang sentiasa membuatkan hamba beringat sebagai hambaNya yang kerdil dan sering melakukan kesalahan. Semoga ia melatih hati ini agar terus bersabar, tenang dan berserah diri hanya padaNya.

p/s tersenyum ana sendirian menulis post ini walaupun 2 minggu telah berlalu (^_^)