Monday, March 23, 2009

Allah Hendak Uji Sekejap Je


Kepada semua sahabat sahabiah, ana ucapkan syafakumullah. Semoga kalian cepat sembuh dan diberi nikmat kesihatan. Kepada mereka yang berada jauh dimata, kalian tetap berada dekat dihati (^_^) Hendaknya persahabatan kita bukan sahaja dikala senang dan sihat tapi ditambah nikmat rasa didampingi di waktu susah dan sakit. Jika tidak diluahkan dengan kata-kata dan perbuatan diiringi kalian dengan doa..InsyaAllah...

Khas buat sahabat-sahabat ana yang sakit, ana ingin berkongsi himpunan ayat-ayat syifa' yang ana ambil dari buku "Hajat untuk Rawatan, Pelindung & Doa" terbitan Darul Nu'man. Ana harap dapat sama-sama kita amalkannya. Semoga dengan izinNya jua dapat kembali kita merasai kesihatan..InsyaAllah..

Berikut adalah ayat-ayat syifa':

Sila klik pada gambar untuk 'view' yang lebih jelas.

Ayat-ayat ini boleh dibaca sebelum makan ubat / minum air dengan keyakinan sepenuhnya bahawa Allah yang memberi kesakitan dan Allah jua penyembuhnya. Jika sahabat-sahabat merasakan agak sukar untuk membacanya, memadailah dengan membacakan basmalah dan berselawat ke atas junjungan Muhammad SAW dan keyakinan kepada Allah. InsyaAllah akan reda kesakitan sahabat-sahabat.

SubhanAllah, betapa hebatnya mukjizat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang di dalamnya terkandung 1001 penawar kepada kita. Semuanya bergantung kepada kita untuk mencari dan mengamalkannya.

7 comments:

  1. salam sayang buat kamu....

    petua yang bagus....dapat pahala untuk dunia dan akhirat...insyaAllah ^^

    ReplyDelete
  2. syukran..bgs doa ni.smg sembuh sokmo..

    ReplyDelete
  3. salam sayang buat Damai (^_^)
    smga dapat sama2 diamalkan InsyaAllah especially bila kt nak prescribe ubat kepada pesakit2 nanti (^_^) Nanti damai dah grad jgn lupe ye prescribe 'ubat' ni skali

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah smga sembuh deh (^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nabihah...

    Doa yang baik, terima kasih sudi berkongsi...

    ReplyDelete

Daisypath Wedding Ticker