Friday, May 29, 2009

Events of the week

Kurang

Lama juga ruangan "Events of the week" tidak diisi. Pengurangannya juga ada. Menjelang berakhirnya semester semakin banyak aktiviti mingguan yang dikurangkan. Memberi laluan kepada peperiksaan.

Hari ini juga berakhirnya kelas hafazan & tajwid untuk semester ini. Semakin kurang lagi kesibukan nampaknya. Kurangnya kesibukan dan tanggungjawab, semakin perlahan dan malaskah kita?

Mengaji

Pagi Sabtu, tepat jam 8 kelihatan 4-5 orang sedang setia menunggu di sofa empuk. Pabila bilangan mencukupi, masing-masing memulakan langkah menuju ke stesen kereta api.

"Cepat-cepat. Tren nak gerak dah ni!," seseorang memanggil.

"Lari dulu, nanti kita kejar!," seseorang menyahut.

Rutin yang sentiasa kelihatan tatkala terlajak masa. Tatkala melabuhkan punggung, masing-masing menghela nafas lega. Bersyukur. "Sempat juga kejar tren ni"

Sepanjang perjalanan selama satu jam setengah, kadang kala ditemani dengan nyanyian pemuzik jalanan di selang seli dengan kenyaringan suara penjual. Kami yang berempat berlima tadi mula berpisah meninggalkan hanya kami berdua. Nampaknya destinasi yang kami tujui selang 3 stesen berikutnya dari mereka.

Dari kejauhan, kelihatan kawasan perumahan di Halmovka. Berkenderaankan bas pengangkutan kami tiba ke destinasi. Berhenti betul-betul dihadapan masjid yang sepi.


Gelagat si cilik tak menang tangan dibuatnya (^_^)


Berjalan kaki menuju ke rumah pangsa 5 tingkat, di aras 1 kami tiba di rumah Anife. Kehadiran kami disambut Linara dan Meriem. Kanak-kanak berusia masing-masing 5 dan 2 tahun. Meriam yang mempunyai nama gelaran 'meme' (sama seperti ana) membuatkan ana lebih teruja untuk memanggilnya (^_^)

Post kali ni ana tulis kerana perasaan rindu melihat telatah mereka. Meriam yang hanya tahu menyebut satu dua perkataan agak lincah berbanding kakaknya. Berlari ke sana, ke sini.

Tatkala ibu mereka memulakan pembelajaran Al-Quran, Linara akan turut diajar mengaji. Peringkat umur yang masih muda menyebabkan konsentrasi si kecil cepat terganggu apatah lagi apabila ibu mereka menghidangkan juadah untuk kami (^_^) Matanya akan terus bertumpu ke juadah yang dihidangkan (^_^).

Meriam yang masih lagi tidak mengenal huruf turut ingin berada semeja dengan ibu dan kakaknya. "Nak belajar juga la katakan (^_^)" tapi amat memberangsangkan apabila meriam boleh menyebut 1-2 huruf (^_^)

Penat

Hendak dikira penat, hakikatnya sememangnya memenatkan. Cuti hujung minggu dikorbankan dengan bangun awal dan perjalanan yang mengambil masa untuk pergi dan balik amat memerlukan kesungguhan dan kekuatan. Tidak dikira jika mendapat giliran mengajar di Turganievka. Jika musim sejuk, tatkala sang mentari masih segan-segan untuk keluar mereka yang diberi amanah telah setia menunggu di perhentian bas.

Namun, kepayahan ini kami kongsi bersama sahabat-sahabat usrah. Sama-sama mengambil giliran, sama-sama merasai kepayahan. Bagaikan tidak terasa kepenatan. Bak kata Wonderpets, "Apa yang penting?!" , "Kerjasama!!"

Tahniah ana ucapkan kepada mereka yang mengambil langkah untuk mengajar Al-Quran kepada penduduk di sini. Jika pada awalnya hanya 1-2 orang. Alhamdulillah semakin ramai yang mula mengikuti.

Jika pada tahun pertama dilihat tiada apa yang istimewanya pada bumi Ukraine ini. Negara yang agak perlahan pembangunannya, dengan sikap penduduk yang kasar, ikut sesuka hati. Nama negara yang tidak dikenali. Bila ditanya,"Belajar mana?", "Ukraine makcik" , "Mana? UK?" (Dalam hati, "Alhamdulillah~ UK" ..hehe)

Berbekalkan 'mind-setting', "datang sini hanya untuk belajar , cuti 'summer' nanti balik Malaysia!". Akhirnya ana menjumpai satu mutiara yang amat berharga yang mungkin ana tidak jumpai jika berpeluang menuntut di negara lain.

Tarbiyah utama buat diri adalah apabila melihatkan kesungguhan mereka untuk mula bangkit membangunkan Islam yang sekian lama terkubur dan sepi di bumi Ukraine. Mereka ingin kembali bangkit dan memegang syariat Islam sepenuhnya, kuat-kuat, tidak ingin melepaskannya buat kali yang kedua. Mengajak mereka yang samar-samar untuk kembali menghargai dan menghayati keindahan Islam. Indahnya perbualan bersama mereka. Perbualan yang tidak lekang memuji kebesaran Allah.

Akhirnya, walau di mana jua kita ditempatkan. Di corok mana pun kita diletakkan yang penting kita mencari hikmah untuk setiap ketetapan. Seperti dari kitab La Tahzan, "Kerana belum tahu hikmah, maka kamu lemah". Maka carilah hikmah. Bumi Allah maha luas. Berjalanlah, melihat dan mentafsir.

Monday, May 11, 2009

Congrats!!




Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi & bercuti, akhirnya jari-jemari mula menari-nari. Kekeringan & beku juga otak setelah lama tidak dijana. Naik syok juge cuti lame2 ni...hehe

Cuti lame bukan bermakna cuti semesta telah bermula, tp cuti lama kerana 'teman setia' banyak ragamnya..hampir sebulan berpuasa dari bertegur sapa & bersosial di alam maya. Mula-mula agak menderita..lama-lama bak kata pepatah kita "Alah bisa tegal biasa". Tidak biasa pun kena buat ala-ala biasa juga (^_^)..

Menunggu untuk mencari ilham untuk coretan kali ni akhirnya muncul juga apa yang ditunggu..sekadar coretan memori buat 'kakak2' senior yang bakal 'grad' 26/6 nanti, InsyaAllah..



Hari ni berakhirlah usrah untuk semester ini sebelum masing-masing berjuang menghadapi peperiksaan. Buat ahli usrah yang masih tinggal InsyaAllah berjumpa kita di semester depan sepi tanpa kehadiran 3 orang kakak-kakak tersayang.

"Alaaa..lepas ni mesti tak semeriah dulu", keluh Balqis.

"Tak de sape lagi nak jawab kalau Nabihah soal nanti", bimbang Shib.

Hadiah sejambak bunga lily putih menambah kesyahduan..tetapi masing-masing nampak tabah..

"Ini bukan akhirnya!!", fikir masing-masing agaknya...

Usrah akhir tidaklah ditangisi malah disyukuri dengan harapan semoga graduan kali ini bisa melahirkan lebih ramai dokturah muslimah untuk kepentingan dan kemaslahatan ummah.

Sahabat,

Tatkala kalian merangkul ijazah, melangkah melepasi pintu pagar jameah (universiti) buat kali terakhir semailah azam agar cabaran alam pekerjaan nanti tidak mengubah semangat dan iltizam kalian untuk terus memainkan peranan sebagai seorang dokturah & da'e.

Peliharalah diri kalian agar terus tabah menghadapi tekanan & kekangan masa yang menjadi punca utama kita lupa tugas utama sebagai hambaNya. Jadilah insan yang sentiasa berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikan. Jika dulu kita sentiasa diingatkan, sekarang kita keseorangan. Andai kita tiada teman sebegitu, kita berusaha untuk ke arah itu. Kita yang menjadi perintis agar rakan kita turut merasai kebaikan & nikmat yang ingin kita semai...

Ingatlah sahabat,

Jika kita sedih & letih, La Tahzan ada penawarnya. Jika kita marah & kecewa, husnul-zhan pemadamnya. Jika kita keseorangan & inginkan kekuatan, kisah ashabul ukhdud pilihannya.
Penenang jiwa sepanjang zaman, Al-quran pilihan utama.

Buat Kak Yanti si teman setia,
Buat Kak Sol si pembuat tawa,
Buat Nurul si penghibur jiwa,

Ukhwah yang berkekalan..ukhuwah yang terbina bertemu & berpisah hanya keranaNya. Andai tidak bersua muka, andai kehilangan khabar berita, andai terpisah antara benua..semoga kita dipertemukan dijannahNya...Ameen..
Sayang semua ~ (^_^)


Ikhlas dari,
bintu Ali


Tag buat,
Kak Yanti
Kak Sol
Nurul
Shib
Balqis