Friday, May 29, 2009

Events of the week

Kurang

Lama juga ruangan "Events of the week" tidak diisi. Pengurangannya juga ada. Menjelang berakhirnya semester semakin banyak aktiviti mingguan yang dikurangkan. Memberi laluan kepada peperiksaan.

Hari ini juga berakhirnya kelas hafazan & tajwid untuk semester ini. Semakin kurang lagi kesibukan nampaknya. Kurangnya kesibukan dan tanggungjawab, semakin perlahan dan malaskah kita?

Mengaji

Pagi Sabtu, tepat jam 8 kelihatan 4-5 orang sedang setia menunggu di sofa empuk. Pabila bilangan mencukupi, masing-masing memulakan langkah menuju ke stesen kereta api.

"Cepat-cepat. Tren nak gerak dah ni!," seseorang memanggil.

"Lari dulu, nanti kita kejar!," seseorang menyahut.

Rutin yang sentiasa kelihatan tatkala terlajak masa. Tatkala melabuhkan punggung, masing-masing menghela nafas lega. Bersyukur. "Sempat juga kejar tren ni"

Sepanjang perjalanan selama satu jam setengah, kadang kala ditemani dengan nyanyian pemuzik jalanan di selang seli dengan kenyaringan suara penjual. Kami yang berempat berlima tadi mula berpisah meninggalkan hanya kami berdua. Nampaknya destinasi yang kami tujui selang 3 stesen berikutnya dari mereka.

Dari kejauhan, kelihatan kawasan perumahan di Halmovka. Berkenderaankan bas pengangkutan kami tiba ke destinasi. Berhenti betul-betul dihadapan masjid yang sepi.


Gelagat si cilik tak menang tangan dibuatnya (^_^)


Berjalan kaki menuju ke rumah pangsa 5 tingkat, di aras 1 kami tiba di rumah Anife. Kehadiran kami disambut Linara dan Meriem. Kanak-kanak berusia masing-masing 5 dan 2 tahun. Meriam yang mempunyai nama gelaran 'meme' (sama seperti ana) membuatkan ana lebih teruja untuk memanggilnya (^_^)

Post kali ni ana tulis kerana perasaan rindu melihat telatah mereka. Meriam yang hanya tahu menyebut satu dua perkataan agak lincah berbanding kakaknya. Berlari ke sana, ke sini.

Tatkala ibu mereka memulakan pembelajaran Al-Quran, Linara akan turut diajar mengaji. Peringkat umur yang masih muda menyebabkan konsentrasi si kecil cepat terganggu apatah lagi apabila ibu mereka menghidangkan juadah untuk kami (^_^) Matanya akan terus bertumpu ke juadah yang dihidangkan (^_^).

Meriam yang masih lagi tidak mengenal huruf turut ingin berada semeja dengan ibu dan kakaknya. "Nak belajar juga la katakan (^_^)" tapi amat memberangsangkan apabila meriam boleh menyebut 1-2 huruf (^_^)

Penat

Hendak dikira penat, hakikatnya sememangnya memenatkan. Cuti hujung minggu dikorbankan dengan bangun awal dan perjalanan yang mengambil masa untuk pergi dan balik amat memerlukan kesungguhan dan kekuatan. Tidak dikira jika mendapat giliran mengajar di Turganievka. Jika musim sejuk, tatkala sang mentari masih segan-segan untuk keluar mereka yang diberi amanah telah setia menunggu di perhentian bas.

Namun, kepayahan ini kami kongsi bersama sahabat-sahabat usrah. Sama-sama mengambil giliran, sama-sama merasai kepayahan. Bagaikan tidak terasa kepenatan. Bak kata Wonderpets, "Apa yang penting?!" , "Kerjasama!!"

Tahniah ana ucapkan kepada mereka yang mengambil langkah untuk mengajar Al-Quran kepada penduduk di sini. Jika pada awalnya hanya 1-2 orang. Alhamdulillah semakin ramai yang mula mengikuti.

Jika pada tahun pertama dilihat tiada apa yang istimewanya pada bumi Ukraine ini. Negara yang agak perlahan pembangunannya, dengan sikap penduduk yang kasar, ikut sesuka hati. Nama negara yang tidak dikenali. Bila ditanya,"Belajar mana?", "Ukraine makcik" , "Mana? UK?" (Dalam hati, "Alhamdulillah~ UK" ..hehe)

Berbekalkan 'mind-setting', "datang sini hanya untuk belajar , cuti 'summer' nanti balik Malaysia!". Akhirnya ana menjumpai satu mutiara yang amat berharga yang mungkin ana tidak jumpai jika berpeluang menuntut di negara lain.

Tarbiyah utama buat diri adalah apabila melihatkan kesungguhan mereka untuk mula bangkit membangunkan Islam yang sekian lama terkubur dan sepi di bumi Ukraine. Mereka ingin kembali bangkit dan memegang syariat Islam sepenuhnya, kuat-kuat, tidak ingin melepaskannya buat kali yang kedua. Mengajak mereka yang samar-samar untuk kembali menghargai dan menghayati keindahan Islam. Indahnya perbualan bersama mereka. Perbualan yang tidak lekang memuji kebesaran Allah.

Akhirnya, walau di mana jua kita ditempatkan. Di corok mana pun kita diletakkan yang penting kita mencari hikmah untuk setiap ketetapan. Seperti dari kitab La Tahzan, "Kerana belum tahu hikmah, maka kamu lemah". Maka carilah hikmah. Bumi Allah maha luas. Berjalanlah, melihat dan mentafsir.

4 comments:

  1. bgtlah hikmahnya melihat dan mengembara d sst tmpt..mesti byk yg menulis ini dpt mencedok pengalaman di sana.jgn lupa bw blk dan berkongsi di sini..UK atau ukraine,jgn benda lain,hehe

    ReplyDelete
  2. From Dr. Anas MA
    alexandria egypt-surekhatan

    salam wbt

    kagum2 melihat pergerakan dakwah di ukraine bukan setakat kepada maliziyin tetapi pada penduduk setempat UKRAINE!!

    sedikit taujihat ntuk para da'ie di ukraine
    semoga teruskan melangkah dalam medan dakwah n tarbiah

    " LIANNA YAHDILLAH BIKA ROJULAN WAHIDAN,
    KHOIRON LAKA MIN AL-DUNYA WA MA FIHI"

    " JIKA SEKIRANYA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESEORANG, KERANAMU..
    NESCAYA ITU LEBIH BAIK DARI DUNIA & SEGALA ISINYA "

    HADITH

    KATA2 IMAM HASSAN AL-BANNA

    " dakwah ini tidak dibentang dengan karpet merah,
    tetapi dengan karpet berduri"

    IN TANSURULLAH HA YANSUR KUM

    PS: sori xleh comment using my friendster id
    lainla klu blog ni ada setting anonymous comment. =P

    my blog : http://anas-o7.blog.friendster.com/

    ReplyDelete
  3. Buat Saffmukmin
    InsyaAllah!!..hehe..betul juge tu

    ReplyDelete
  4. Buat Dr Anas
    Salam wbt

    Syukran Anas sbb ziarah blog akk ni =)
    Alhamdulillah diberi peluang dan nikmat sebegini..kdg2 pkr yg kt sndiri x rasai di negara sndiri..

    Hehe xpe comment dr mane pun..InsyaAllah nnti akk letak anonymous comment tp jgn lupe pula tulis namanya =)

    ReplyDelete