Monday, May 11, 2009

Congrats!!




Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi & bercuti, akhirnya jari-jemari mula menari-nari. Kekeringan & beku juga otak setelah lama tidak dijana. Naik syok juge cuti lame2 ni...hehe

Cuti lame bukan bermakna cuti semesta telah bermula, tp cuti lama kerana 'teman setia' banyak ragamnya..hampir sebulan berpuasa dari bertegur sapa & bersosial di alam maya. Mula-mula agak menderita..lama-lama bak kata pepatah kita "Alah bisa tegal biasa". Tidak biasa pun kena buat ala-ala biasa juga (^_^)..

Menunggu untuk mencari ilham untuk coretan kali ni akhirnya muncul juga apa yang ditunggu..sekadar coretan memori buat 'kakak2' senior yang bakal 'grad' 26/6 nanti, InsyaAllah..



Hari ni berakhirlah usrah untuk semester ini sebelum masing-masing berjuang menghadapi peperiksaan. Buat ahli usrah yang masih tinggal InsyaAllah berjumpa kita di semester depan sepi tanpa kehadiran 3 orang kakak-kakak tersayang.

"Alaaa..lepas ni mesti tak semeriah dulu", keluh Balqis.

"Tak de sape lagi nak jawab kalau Nabihah soal nanti", bimbang Shib.

Hadiah sejambak bunga lily putih menambah kesyahduan..tetapi masing-masing nampak tabah..

"Ini bukan akhirnya!!", fikir masing-masing agaknya...

Usrah akhir tidaklah ditangisi malah disyukuri dengan harapan semoga graduan kali ini bisa melahirkan lebih ramai dokturah muslimah untuk kepentingan dan kemaslahatan ummah.

Sahabat,

Tatkala kalian merangkul ijazah, melangkah melepasi pintu pagar jameah (universiti) buat kali terakhir semailah azam agar cabaran alam pekerjaan nanti tidak mengubah semangat dan iltizam kalian untuk terus memainkan peranan sebagai seorang dokturah & da'e.

Peliharalah diri kalian agar terus tabah menghadapi tekanan & kekangan masa yang menjadi punca utama kita lupa tugas utama sebagai hambaNya. Jadilah insan yang sentiasa berusaha untuk merubah diri ke arah kebaikan. Jika dulu kita sentiasa diingatkan, sekarang kita keseorangan. Andai kita tiada teman sebegitu, kita berusaha untuk ke arah itu. Kita yang menjadi perintis agar rakan kita turut merasai kebaikan & nikmat yang ingin kita semai...

Ingatlah sahabat,

Jika kita sedih & letih, La Tahzan ada penawarnya. Jika kita marah & kecewa, husnul-zhan pemadamnya. Jika kita keseorangan & inginkan kekuatan, kisah ashabul ukhdud pilihannya.
Penenang jiwa sepanjang zaman, Al-quran pilihan utama.

Buat Kak Yanti si teman setia,
Buat Kak Sol si pembuat tawa,
Buat Nurul si penghibur jiwa,

Ukhwah yang berkekalan..ukhuwah yang terbina bertemu & berpisah hanya keranaNya. Andai tidak bersua muka, andai kehilangan khabar berita, andai terpisah antara benua..semoga kita dipertemukan dijannahNya...Ameen..
Sayang semua ~ (^_^)


Ikhlas dari,
bintu Ali


Tag buat,
Kak Yanti
Kak Sol
Nurul
Shib
Balqis

10 comments:

  1. salam buat naqibah tersayang ^^

    alaa..ni yang nak nangis nih...buat ayat sedih pulak..huhu

    doakan kami ya sayang...kami juga akan sentiasa menanti kepulangan ahli usrah yang lain...

    sayang kamu...

    ~~ ehem..kami grad 26/6...la la la...~~ ^^

    ReplyDelete
  2. salam

    hehehe..ye la!! macam mane blh silap dgn tarikh flight balik ana nihhh~

    ishk3...mcm sengaja je ni...hehehe

    sayang kamu juga~ ^^

    ReplyDelete
  3. den dah agak dah....uwaaaaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. Kih, kih, kih....

    Uwaa.... sedihnya, huhu.....

    Congratz akak2 sumer, take care n jaga diri, ya!

    ReplyDelete
  5. salam naqibahku sayang~

    aaaaaa....sungguh terharu laaa mcm nih
    doakan kami semua berjaya menghadapi exam2 yg bakal menjelma tu yerr~

    terima kasih banyak2 atas segala perkongsian bersama kalian selama ini,
    satu ukhuwah yang sangat indah yang tak mungkin dapat dilupakan..huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam~
    hehehe..jgn sedih2 ya
    InsyaAllah sama2 kt doakan untuk semua (^_^)

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya sentiasa dpt curahkan idea dan pnglmn berada disana utk org2 di tmpt kita.pesan al banna, jadilah kamu dengan manusia seperti pokok buah-buahan yang mereka lempari dengan batu tetapi pokok itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya..istiqamah..salam:)

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah mudah-mudahan (^_^)

    ReplyDelete
  9. aawatnya syahdu sangat nih??huhu..raser cam nak terkeluaq je ayaq mata..(T_T)

    ReplyDelete