Monday, June 8, 2009

Demi Masa ... 'Wonderpets'


Assalamu'alaikum (^_^)V

Sedapnya, tapi kami punye tidak secantik ini (^_^)

Alhamdulillah,

Semalam selesai juga penjualan kuih kecil-kecilan fasa ke-2 untuk tambah kewangan usrah. Boleh dikatakan, "What a hactic day!"

Fasa ke-2 penjualan kuih sebenarnya berlaku diluar jangkaan. Pada awalnya diingatkan tidak mendapat sambutan tetapi Alhamdulillah berlaku sebaliknya. Barang-barang usrah juga semua selamat dihabiskan dan tiada berlaku pembaziran. Apa orang kata, "ngam-ngam gitu" (^_^) Alhamdulillah...

Kenapa agaknya post kali ini ditulis 'Demi masa , Wonderpets' ?

Haa..sebenarnya ana hendak berkisah kepada antum tentang apa yang berlaku semasa penjualan kuih semalam (^_^)

Hendak dijadikan cerita, semalam kami mula menjalankan operasi membuat kuih selepas zohor. Hari sebelumnya sebelum zohor dan Alhamdulillah sempat siap selepas asar dan penghantaran dapat dilakukan sebelum maghrib. Tetapi semalam proses berjalan dengan agak perlahan ditambah pula dengan kehadiran sahabat-sahabat yang datang ziarah. Semakin lama semakin ramai. Keadaan semalam seperti suasana di kampung pada malam raya! (^_^)V.


Pada awalnya keadaan sememangnya agak sesak ditambah dengan peralatan memasak di sana sini. Sampai asar kuih masih tidak dapat disiapkan. Dari sini bermulalah peranan 'wonderpets' dari sahabat-sahabat ana (^_^) Mereka yang datang ziarah turut turun padang menolong kami yang tadi pada awalnya hanya berdua.


Kemudian, selepas asar baru disedari serunding untuk pulut panggang dan tepung pulut untuk buah Melaka tidak cukup!!! Apa lagi, kelam kabut kami jadinya. Masing-masing mula menekan-nekan handphone. Mencari-cari serunding dan tepung pulut (^_^). Alhamdulillah akhirnya jumpa...


Sebelum maghrib semua kuih telah siap dibungkus dan sebelum isya' semua kuih telah selamat dihantar. Alhamdulillah. Terduduk ana kepenatan sambil tidak henti melafazkan syukur kerana segala kepenatan untuk 2 hari ini telah berakhir dan segalanya berjalan dengan lancar. Betapa hari ini banyak memuhasabah diri terutamanya dari segi masa dan kerjasama.


Disebabkan lewat dan berlengah-lengah memulakan penyediaan kuih semua penghantaran terpaksa ditangguhkan selepas maghrib. Betapa diri selalu juga diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara,

SIHAT sebelum SAKIT,
MUDA sebelum TUA,
KAYA sebelum MISKIN,
LAPANG sebelum SEMPIT,
HIDUP sebelum MATI

Terasa sangat terkejar-kejarnya masa waktu petang tadi. Itu baru ditarik nikmat LAPANG. Belum lagi ditarik nikmat paling besar, nikmat HIDUP. Pabila sampainya masa HIDUP diambil hendak menyesal untuk pulang kembali tiada gunanya. Sekarang masih diberi peluang untuk menyesali dan memuhasabah diri. Ya Allah bersyukur hamba untuk pengajaran hari ini.

Alhamdulillah selesai sudah celoteh ana buat hari ini (^_^) Minta maaf andai tiada pengisian dan pengajaran yang dapat diambil.

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya (kiriman daripada sahabat),


Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.


Salam mujahadah buat semua. (^_^)

9 comments:

  1. salam akak.. best la bace cite ni... macam terase berade kat tempat akak pula..hehe.. Ape yang penting?? KERJASAMA!! kami Wonderpets!! heee.. Credit for this article :D

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.betapa mereka yang begini lah yang akan terus membantu kita dalam senang dan susah nanti.tapi cuma ini masa belajar.harap sentiasa dapat kekalkan momentum bersahabat dan bekerjasama begini bila sudah tamat belajar nanti.

    salam sahabat

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum hambaNya..waduh2, enak sekali kuihnya,hehe..

    bersahabat bgt indah bl saat2 begini..

    p/s-yg plg best, APA YANG PENTING!!!

    KERJASAMAAAAAAA.....hehe

    ReplyDelete
  4. Buat Najibah

    Salam Ebah, syukran lawat blog akk ni..hehe
    Syukran!!

    ReplyDelete
  5. Buat Anonymous

    Wa'alaikum salam Warahmatullah. Benar kata anonymous tu (^_^)InsyaAllah semoga sentiasa dikekalkan.

    Salam sahabat buat anonymous

    ReplyDelete
  6. Buat Saffmukmin

    Wa'alaikum salam Warahmatullah mukmin (^_^)
    gambarnya shj yg enak pak..bentuk sebenar tidak begitu enak.

    Emm..tapi rasanya boleh tahan la..hehe..

    Benar! Ape yang penting!! KERJASAMAAA!!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Salam ziarah..nampak seperti pulut udang? benarkah ia?

    Ayuh exchange link jika ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  8. salam..

    bestnyerrrrr...ada lagi tak?!! hehe..
    nway..have a nice holiday!!

    ReplyDelete