Thursday, February 19, 2009

Semester 8 (Bahagian 1)

1st Cycle

Alhamdulillah, minggu ini ana telah memulakan 'cycle' baru untuk semester ini. 'Cycle endocrinology'. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa agaknya maksud 'cycle' tersebut. 'Cycle' juga dikenali sebagai kelas / 'posting'. Satu 'cycle' untuk setiap subjek ade tempoh waktunya yang tertentu. Sebagai contoh, untuk 'cycle' kali ini ada 8 hari. Ada 'cycle' yang tempohnya panjang & ada yang pendek. Cycle ana paling panjang setakat ini adalah 'cycle therapy' selama 3 minggu.

Menarik

Pembelajaran melalui 'cycle' adalah sangat menarik kerana kita akan belajar semua perkara berkenaan satu sistem badan tertentu dari 'anatomy', punca penyakit sehinggalah kepada kaedah rawatan dan pencegahan. Perkara yang sama akan diulang-ulang dalam 'cycle' tersebut.

Walaupun penat kerana masa pembelajaran selama 4 jam setengah & kadang-kadang ada 'case report' yang perlu disiapkan namun ana rasa bersyukur kerana setiap hari ada ilmu baru untuk dipelajari. Bukan sahaja ilmu perubatan malah ilmu kehidupan & bukti-bukti betapa hebat ciptaanNya. SubhanAllah.

Endocrinology

Untuk cycle ini 4 hari pertama adalah berkenaan Diabetes Mellitus (kencing manis)

Hari pertama, 16.02.09:

Pada hari ini, pukul 8 pagi kami tiba di Department of Endocrinology, Smashko Republic Hospital. Sesampainya kami di sana selepas mengenakan 'labcoat' & 'bakhili' (bahasa Rusia untuk kasut khas yang digunakan dalam hospital) kami bergegas ke tingkat 2 untuk berjumpa dengan doktor yang bakal mengajar kami untuk 4 hari ini.

"My name is Duyaneva Diana Dmitrievna", kata seorang doktor perempuan pertengahan umur memperkenalkan dirinya dalam bahasa Rusia. Seorang yang agak sederhana tingginya namun sangat cekap dalam mengendalikan pesakit-pesakitnya.

Selepas memperkenalkan diri & penjelasan beberapa perkara berkenaan 'case report', kami di bawa ke wad. Agak terkejut ana waktu itu kerana hari pertama kami telah dibawa untuk berjumpa pesakit & kali ini 1 pesakit, 1 pelajar (sebelum ini 1 pesakit, 2 pelajar). Agak tercengang kami dibuatnya. Masing-masing tidak bersedia!! Berbekalkan dengan bahasa Rusia yang kucar-kacir tatabahasanya kami gagahkan diri juga untuk membuka mulut & mengumpul maklumat pesakit.

Alhamdulillah ana mendapat seorang pakcik tatar yang beragama Islam. Bilyalov Syed Hassan namanya. Beliau asyik tersenyum hendak memahamkan bahasa Rusia ana yang 'superb' ni (^_^)

Secara jujurnya kami akan diberitahu lebih awal sebelum berjumpa pesakit, agar kami bersedia dengan maklumat-maklumat penting yang berkaitan untuk ditanyakan kepada pesakit. Namun begitu pada hari tersebut kami betul-betul dilatih seperti HO yang sedang melakukan 'clerking' (pemeriksaan pesakit).

Semasa berjalan pulang ke hostel, ana masih memikirkan keadaan terkejut yang masih belum hilang. Tersenyum & malu ana dibuatnya. Ana berfikir sendiri, bagaimana agaknya ana apabila menjadi doktor satu hari nanti? Adakah ana hendak kekalkan keadaan untuk terus tidak bersedia & memerlukan tempoh untuk bersedia? Doktor yang baik adalah mereka yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan kerana kita akan berhadapan dengan nyawa pesakit.

Hari ini ana pulang dengan satu azam & ilmu baru.

2 comments:

  1. alhamdulillah...kdg2 malu mcm ni perlu jgk kan.hehe..insyaalllah nabihah blh jd DR yang baik nanti..

    ReplyDelete
  2. Syukran mukmin (^_^) InsyaAllah Ameen..mmg malu betul..hamba senyum pakcik tu pun senyum..dua2 pun senyum..akhirnya disudahi dgn senyuman je(^_^)

    ReplyDelete

Daisypath Wedding Ticker