Thursday, February 19, 2009

Semester 8 (Bahagian 3)

Endocrinology

Hari ketiga, 18.02.09:

Pembelajaran hari ini dimulakan seperti biasa. 'Cycle' yang masuk hari ketiga 'fully Russian' betul-betul meletihkan minda kerana perlu menangkap setiap ilmu yang hendak disampaikan. Alhamdulillah, mujurlah ada nota senior yang banyak membantu. Tepat pukul 10.30 pagi, Diana Dmitrievna melepaskan kami untuk rehat 30 minit.

Setelah 30 minit berehat, kami kembali semula ke kelas. Soalan-soalan 'oral' kembali ditanya seorang demi seorang. Setelah selesai, kami ditanya kembali berkenaan 'case report' masing-masing. Kali ini adalah berkenaan 'main diagnosis' pesakit kami.

Setelah orang pertama ditanya. Kemudian, tiba giliran pelajar seterusnya, sekali lagi pelajar lain dimarahi. Kali ini kesilapan diagnosis!!

Riak wajah Diana Dmitrievna berubah. Beliau memarahi pelajar tersebut kerana tidak semak betul-betul sebelum meletakkan diagnosis. Pesakit juga tidak menyatakan jenis ubat yang diambil secara jelas.

Kesilapan diagnosis adalah kesilapan yang merbahaya kerana ia bukan sahaja membahayakan pesakit malah doktor itu sendiri. Ana kagum dengan sifat husnul-zhan (bersangka baik) pelajar tersebut. Diterimanya dengan tenang dan mengakui kesilapan sendiri. Ana yakin bahawa kejadian hari ini bkn sahaja memberi pengajaran kepada seorang pelajar sahaja, malah kepada semua pelajar.

Pengajaran hari ini, betapa pentingnya untuk mengaitkan ilmu teori yang dipelajari ke dunia praktikal kerana kadang-kadang pesakit boleh memberi maklumat yang tidak benar kepada doktor. Oleh sebab itu, doktor harus bijak dalam menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit.

p/s : Untuk diagnosis pesakit, pemeriksaan sebenarnya telah dijalankan oleh doktor pakar sebelum itu. Pelajar cuma perlu menjalankan pemeriksaan ke atas pesakit sekali lagi & menyemak adakah diagnosis mereka sama seperti yang telah direkodkan sebelumnya.

Terima kasih

Hari keempat, 19.02.09:

Hari ini kami tidak sangka bahawa esok Diana Dmitrievna tidak lagi mengajar kami. Untuk topik-topik berikutnya kami akan diajar oleh doktor lain. Selama empat hari pembelajaran di bawah Diana Dmitrievna, kami memperoleh pelbagai ilmu. Disebalik kemarahannya kepada kami, terselit juga tanda kekesalan diwajahnya. Siapa yang tidak rasa sakit setelah memarahi orang lain.

Kami berterima kasih kepada beliau kerana mengajar dan melatih kami untuk persediaan di masa akan datang. Keadaan seperti kami jarang diterima oleh pelajar & selalunya dialami oleh HO. Layanannya seperti ibu-ibu yang menegur kesilapan anak-anak membuatkan kami untuk tidak mengambil hati ke atas apa yang telah dikatakan.

Semoga pengajaran & hikmah yang diperoleh memberi semangat & kekuatan kepada kami. 'Kerana belum tahu hikmah, maka engkau lemah'. Semoga dalam kehidupan seharian, kita selitkan & cari hikmat disebaliknya. InsyaAllah akan rasa kemanisan disebalik ujian.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami apabila masuk alam pekerjaan nanti. Ameen.

2 comments:

Daisypath Wedding Ticker