Thursday, February 19, 2009

Semester 8 (Bahagian 2)

Endocrinology

Hari Kedua, 17.02.09:

Hari ini seperti biasa, ana bersama 3 orang lagi rakan ana berjalan kaki ke hospital. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit. Alhamdulillah hari yang cerah & suasana yang tidak berapa sejuk memudahkan perjalanan kami.

Sesampainya kami di kelas, kami telah bersedia menunggu Diana Dmitrievna untuk memulakan pengajaran. Namun beliau agak sibuk pagi ini kerana beliau juga merupakan orang terpenting untuk Department Endocrinology.

Tiba-tiba masuk seorang pesakit. Rupa-rupanya dia merupakan salah seorang pesakit daripada pelajar kelas ana sendiri. Pesakit tersebut telah dipanggil oleh Diana Dmitrievna untuk dijalankan pemeriksaan di hadapan pelajar-pelajar lain.

Pelajar tersebut dipanggil dan dia diminta untuk menerangkan keadaan & maklumat pesakit yang telah dikumpul semalam. Maha Suci Allah, melalui pelajar ini telah banyak diberi pengajaran untuk diri ana sendiri. Pelajar tersebut telah tertinggal maklumat pesakitnya di hostel. Keadaan yang terkejut & kelam kabut menyebabkan pelajar tersebut bertanyakan kembali nama pesakit.

Pada waktu itu, ana telah melihat satu keadaan yang sebelum ini hanya ana dengar melalui cerita-cerita rakan-rakan ana yang telah menjalani praktikal. Pelajar tersebut telah dimarahi di hadapan pesakit itu sendiri!! Babak kedua sebagaimana HO dimarahi di hadapan pesakit & pelajar-pelajar lain. Rasa gerun ana dibuatnya.

Dalam bahasa Rusia, Diana Dmitrievna telah memarahi pelajar tersebut. "Macam mana anda tidak ingat nama pesakit sendiri?", "Kenapa tak ingat maklumat-maklumat pesakit yang telah diambil semalam?". Ya Allah macam inikah keadaannya yang sering dicerita-ceritakan?

Kagum ana melihat pelajar tersebut. Adakah ana akan setabah dia. Pengajaran buat ana, betapa kita tidak boleh mengambil ringan pesakit kita walaupun kita masih digelar pelajar. Seperti kita menghargai seseorang mengingati nama & perkara-perkara mengenai diri kita. Alhamdulillah betapa ana terlepas dari dimarahi kerana ana juga tertinggal maklumat pesakit di hostel kerana menyiapkan 'case report' malam sebelumnya.

Ana juga mempelajari betapa pentingnya memiliki ingatan yang kuat untuk mengingati nama & keputusan ujian makmal pesakit. Pernah ana katakan kepada seorang senior ana di UK untuk tidak bersedih kerana tidak mengenali ana tetapi sebelum ini pernah berjumpa. Namun senior tersebut tetap bersedih & mengatakan bagaimana kita orang muda boleh cepat lupa. Betapa hebatnya tokoh ilmuan terdahulu dapat menghafal al-Quran, hadis. Siap ade yang boleh ingat fakta-fakta perubatan dan subjek-subjek lain. SubhanAllah.

2 comments:

  1. ingtn yg kuat bila mana hati kita yg bersih utk tidak lupa mengingatiNya..pesanan buat diri ni..

    ReplyDelete
  2. hamba setuju dengan kata2 mukmin..syukran di atas ingatan (^_^)

    ReplyDelete

Daisypath Wedding Ticker